Abstract
KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil beberapa langkah bagi memperkasakan graduan dengan pengalaman dan kemahiran diperlukan selari permintaan industri masa kini.
Pro Cancelornya Tan Sri Zarinah Anwar berkata, ia selaras hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk melahirkan graduan memenuhi ciri yang digariskan dan menjadi tenaga kerja profesional serta usahawan Bumiputera berjaya dan mampu bersaing.
“Antara usaha yang dilaksanakan UiTM ialah perjanjian persefahaman dengan pelbagai agensi kerajaan, pihak industri dan rakan strategik bagi mempertingkat perkongsian kepakaran serta kualiti pembelajaran, di samping menyediakan graduan dengan realiti dunia pekerjaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-96 di Dewan Jubli UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan di sini, semalam.
#9025.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (1MB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Sarawak Sarawak > Kota Samarahan Campus |
Newspaper: | Suara Sarawak |
Page Range: | pp. 1-2 |
Date: | 15 June 2023 |
Depositing User: | Jamil Jawi (Samarahan) |
Related URLs: |