KV Butterworth meterai NoU


Abstract

Kolej Vokasional (KV) Butterworth menandatangani nota persefahaman (NoU) bersama sebuah universiti tempatan dan empat universiti luar negara, hari ini.

Majlis NoU itu ditandatangani Pengarah KV Butterworth, Ahmad Zawawi Mohd Ali bersama wakil daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, Pattani University, Mindanao State University, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei dan Sekolah Tinggi Ekonomi dan Bisnes Islam, Lampung, Indonesia.

Ahmad Zawawi berkata, antara yang ditekankan dalam NoU itu ialah menjalin kerjasama bagi meningkatkan kecemerlangan institusi termasuk kemenjadian pelajar dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

Menurutnya, selain tiga bidang itu, ia juga meningkatkan lagi keberkesanan pengurusan dan pentadbiran institusi.

“Kita juga akan saling bertukar idea, pengalaman, kreativiti dan inovasi dalam pelbagai bidang antara satu sama lain.

[thumbnail of 9018.pdf] Text
9018.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (275kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education
300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Penang > Bukit Mertajam Campus
Newspaper: Harian Metro
Date: 13 November 2019
Depositing User: Mohd Irwan bin Ismail (Penang)
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record