Tahniah, Maryam!


Abstract

“Harapan saya untuk membeli rumah buat ibu bapa," kata Maryam Hanan Yahya, 25, yang merangkul Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan Peringkat Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-87 di Permatang Pauh, hari ini.

Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik itu berkata, ia sebagai penghargaan buat bapa, Yahya Abu Hasan, 63, dan ibunya, Anita Talib, 55, yang menjadi pendorong dan kekuatan bagi kejayaan dikecapinya selama ini.

Maryam berkata, selain itu, faktor kejayaannya disebabkan atas minat dalam bidang dipelajarinya iaitu bidang elektrik yang timbul sejak menuntut di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tunku Abdul Rahman Putra pada 2008.

Dia yang tinggal di Bayan Lepas, Georgetown berkata, apabila hanya mendapat keputusan sederhana dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2009 membuatkan dirinya berusaha lebih gigih sejak menuntut di universiti itu sejak 2010.

[thumbnail of 9017.pdf] Text
9017.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (310kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education
300 Social sciences > 370 Education > Higher education
300 Social sciences > 370 Education > Awards
Campuses: Penang > Bukit Mertajam Campus
Newspaper: Harian Metro
Date: 25 October 2017
Depositing User: Mohd Irwan bin Ismail (Penang)
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record