Abstract
SHAH ALAM, 16 JAN: Seramai 53 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengumpul wang tunai RM5,300 dan barang keperluan sekolah melalui program amal untuk disumbangkan kepada Rumah Penyayang Iman, Setapak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Kumpulan pelajar tahun akhir Pengurusan Komunikasi & Polisi dari Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media dari universiti itu yang menggelar diri sebagai Backpack Heroes menjayakan program larian dan konsert amal iaitu Fundtasia Neon Run, Pasca Malam Neon dan Tiny But Mighty untuk 35 anak yatim di rumah berkenaan.
Mereka diketuai Syamimi Afiqah Suhami dan dibimbing pensyarah penasihat Nurul Atiqah Mohd Azlan memperoleh kutipan wang tunai itu serta barangan kelengkapan sekolah seperti pakaian dan beg sekolah, alat tulis, botol air, bekas makanan, bekalan makanan harian, makanan ringan dan al-Quran.
“Rezeki yang kami peroleh dikongsi bersama melalui sumbangan barangan sekolah kepada adik-adik agar mereka gembira dan lebih bersemangat untuk ke sekolah,” kata Nurul Atiqah dalam kenyataan.
Sementara itu, penghuni rumah anak yatim itu begitu teruja dengan program dijalankan penuntut UiTM di kawasan mereka.
“Islam itu persaudaraan. Syukur, Backpack Heroes kerana sudi membuat program khidmat sosial di rumah ini. Harapan saya agar ia diteruskan agar tiada jurang antara penuntut dan masyarakat,” kata Pengasasnya Bonda Sharimah Ali.
9009.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (264kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 306 Culture & institutions |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Selangorkini |
Date: | 16 January 2023 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |