UiTM tandatangani MoU dengan institut pengajian Bulgaria


Abstract

Universiti Teknologi MARA (UiTM), menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Institut Pengajian Perniagaan Sofia, Bulgaria bagi mempromosikan kolaborasi akademik dan menggalakkan perkongsian informasi antara dua institusi.

Dengan mempromosikan kerjasama akademik, majlis menandatangani MoU yang diadakan baru-baru ini disaksikan Perunding Kehormat Malaysia di Bulgaria, Peter Kouroumbashev.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Kajian dan Inovasi di UiTM, Prof Dr Nor Azah Abdul Rahman dan Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan UiTM, HICoE, Prof Dr Jamaliah Said, mewakili UiTM bagi mengukuhkan kerjasama antarabangsa dan mengembangkan rangkaian akademik globalnya.

UiTM dalam kenyataannya, berkata MoU itu bertujuan membuka peluang untuk projek penyelidikan bersama, penerbitan kolaborasi dan persidangan.
Ia juga memberi peluang untuk pertukaran pelajar sekali gus membolehkan pelajar dari UiTM dan Institut Pengajian Perniagaan Sofia untuk merasai pengalaman sistem dan budaya pendidikan yang berbeza, memupuk perspektif global serta mempromosikan kepelbagaian budaya.

[thumbnail of 8981.pdf] Text
8981.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (254kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Harian Metro
Date: June 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record