Sekat ucapan kebencian dalam PRN


Abstract

SEPANJANG seja­rah pilihan raya di negara ini, ia sering dicemari oleh ucapan-ucapan berbaur kebencian dan sarat dengan propaganda yang boleh menimbulkan ancaman besar kepada keharmonian dan keselamatan negara.
Kajian juga menunjukkan media sosial menjadi gelanggang peperangan persepsi di alam maya dengan menaburkan ‘propaganda hitam’ sarat dengan elemen kebencian dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Persoalannya, adakah perkara sama akan terus berulang pada pilihan raya di enam negeri yang akan menjelang tidak lama lagi? Atau ia akan bertambah hebat lagi dengan pelbagai isu yang merantai negara ketika ini?
Dengan peningkatan teknologi dan populariti media sosial, penyebaran ucapan kebencian dan propaganda di Malaysia semakin berleluasa, menjadikan isu ini sesuatu yang mendesak dan amat memerlukan perhatian.
Ini sejajar dengan harapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang meminta agar Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, memantau hantaran-hantaran berkisarkan naratif kaum dan agama yang dimainkan pemimpin politik di laman sosial untuk diambil tindakan tegas dan menjadi pengajaran kepada semua.

[thumbnail of 8979.pdf] Text
8979.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (528kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 320 Political science
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 11 June 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record