Abstract
REMBAU: Ibu-bapa dinasihatkan tidak hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap institusi pengajian tinggi (IPT) ekoran kejadian salah laku seksual pensyarah sebuah universiti terhadap graduan yang dilaporkan baru-baru ini.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad, berkata kejadian berkenaan tidak menggambarkan situasi di IPT secara keseluruhannya.s by
"Permasalahan salah laku ini berkaitan individu itu sendiri. Ini kes terpencil yang bukannya boleh digeneralisasikan bahawa semua pensyarah universiti kita tidak boleh dipercayai atau ada elemen negatif yang begitu.
"Hanya ada satu dua kes yang berlaku," katanya pada sidang media sejurus Program Bicara Tokoh 9.0 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau, di sini hari ini.
Program yang turut dihadiri Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Prof Dr Yamin Yasin menyaksikan seramai 3,500 penuntut cawangan berkenaan hadir mendengar sesi perkongsian bersama Ahmad Masrizal.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak kementerian mempunyai dasar yang boleh menjamin keselamatan penuntut dan akan menyiasat apa sahaja salah laku pensyarah termasuk membabitkan integriti.
"KPT ada mekanisme untuk memastikan permasalahan ini dapat diselesaikan. Kalau betul pensyarah atau mana-mana pegawai atau staf universiti terbabit dengan salah laku, tidak kira membabitkan salah laku seksual atau integiriti, kita akan memastikan mereka disiasat.
8973.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (235kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences |
Campuses: | Negeri Sembilan Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 4 October 2022 |
Depositing User: | Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah) |