Bangunan lebih RM350 juta jadi kampus ketiga UiTM Kelantan


Abstract

KOTA BHARU - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan berhasrat mengambil alih sebuah bangunan kosong yang terletak di Lembah Sireh di sini bernilai lebih RM350 juta untuk dijadikan sebagai cawangan kampus ketiga universiti berkenaan.
Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Prof Dr Abdol Samad Nawi berkata, bangunan itu mampu memuatkan kira-kira 7,000 pelajar dan akan dilengkapi kemudahan asrama, dewan kuliah termasuk pusat beli-belah sekali gus dapat menjadi gedung ilmu di Kelantan.
"Kertas kerja untuk projek ini telah dihantar kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum diproses kepada bahagian Rancangan Malaysia di Putrajaya.
"Sekiranya hasrat ini dapat dilaksanakan, kita akan mempunyai dua kampus cawangan di Kota Bharu dan saya harap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Selangkah ke UiTM 2023 Cawangan Kelantan di Bazar Tok Guru di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, Abdol Samad berkata, dengan wujudnya cawangan kampus baharu itu nanti, ia dapat memberi fokus kepada pascasiswazah iaitu bagi pengajian sarjana dan doktor falsafah (PhD) selain menarik perhatian pelajar antarabangsa untuk mengikuti pengajian yang ditawarkan di Kelantan.
"Cawangan ini akan memfokuskan kepada pascasiswazah sama ada menerusi penyelidikan mahupun subjek. Kita juga berhasrat menarik pelajar antarabangsa termasuk dari Indonesia, Thailand dan China untuk melanjutkan pengajian di negeri ini," katanya.
Beliau berkata, UiTM kampus Kota Bharu juga bakal menawarkan program baharu iaitu Sarjana Analitik Perniagaan di peringkat pascasiswazah bermula Oktober ini.
"Pogram berkenaan dihasilkan menerusi gabungan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media yang ditawarkan secara sepenuh masa serta separuh masa.
"Pelajar yang tamat pengajian akan mendapat dua sijil iaitu Ijazah Sarjana dan Sijil Profesional daripada RapidMiner USA. Sasaran program sarjana ini terbuka kepada semua bidang bagi menghasilkan individu yang dapat menguruskan organisasi dengan ilmu analitik perniagaan selaras Revolusi Industri 4.0,” katanya. – Bernama

[thumbnail of 20230528_SH_rancang_ambil_alih_platinum_sebagai_kampus_UiTM.pdf] Text
20230528_SH_rancang_ambil_alih_platinum_sebagai_kampus_UiTM.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (141kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
600 Technology > 690 Buildings
Campuses: Kelantan > Kota Bharu Campus
Newspaper: Sinar Harian
Date: 28 May 2023
Depositing User: Aida Mustapha (Kota Bharu)
Related URLs:
Edit Item Record
Edit Item Record