Sinar 1.0 tanam budaya memberi, menyumbang dalam kalangan penuntut UiTM


Abstract

Permatang Pauh: Prihatin dengan nasib golongan memerlukan bantuan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pulau Pinang di sini tampil menghulurkan sumbangan untuk mereka di bawah program Sinergi Sedekah Ramadan (Sinar) 1.0.

Selain kumpulan penuntut yang tidak dapat pulang ke kampung, dua lagi golongan yang turut mendapat perhatian di bawah program itu adalah polis bantuan serta pekerja kontrak pembersihan di universiti berkenaan.

Rektor UiTM Pulau Pinang, Prof. Dr. Salmiah Kasolang berkata, program Sinar 1.0 mula dilaksanakan tahun ini menerusi pengumpulan dana awam bagi menanam budaya memberi dan menyumbang dalam kalangan pelajar.

Katanya, sebanyak RM11,670 dikumpulkan dengan hampir 60 peratus penyumbang terdiri daripada kalangan penuntut sendiri manakala selebihnya sumbangan kakitangan, alumni universiti serta penduduk setempat.

“Alhamdulillah, dana ini digunakan untuk memberi manfaat kepada kira-kira 1,000 penuntut yang berada di dalam kampus menerusi sumbangan kurma untuk berbuka puasa.

“Selain itu, kita menyampaikan sumbangan kepada 200 penerima terdiri daripada kalangan penuntut yang tidak dapat pulang ke kampung, polis bantuan serta pekerja kontrak pembersihan,” katanya ketika merasmikan program tersebut di sini, semalam.

[thumbnail of 8958.pdf] Text
8958.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (264kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Penang > Bukit Mertajam Campus
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 7 May 2021
Depositing User: Mohd Irwan bin Ismail (Penang)
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record