Abstract
Kuala Lumpur: Sebanyak 315,760 atau 86 peratus peranti diagihkan kepada penerima PerantiSiswa daripada 366,843 permohonan yang diluluskan setakat hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata bagi mempercepat pengagihan baki 51,083 atau 14 peratus penerima, terdapat dua sesi pengagihan akan dilaksanakan termasuk penjadualan pengagihan ke institusi penerima yang disegerakan.
Selain itu, Pusat Pengagihan PerantiSiswa (PPPs) akan digerakkan serentak di seluruh negara dari 17 hingga 19 Februari (sesi pertama), 24 hingga 26 Februari (sesi kedua) dan 3 hingga 5 Mac (sesi ketiga) di pelbagai institusi pendidikan tinggi yang ditentukan di setiap negeri.
ADVERTISING
"Pengagihan secara berpusat memberikan fleksibiliti kepada penerima untuk memilih pusat agihan dan sesi yang bersesuaian tanpa mengira lokaliti institusi penerima asal.
"Ini bermaksud pelajar yang sedang bercuti, sedang menjalani latihan industri atau apa-apa sebab yang berkaitan dapat mengambil peranti di PPPs yang terdekat pilihan masing-masing," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Fahmi, permohonan yang telah lulus tetapi belum diagihkan peranti akan menerima notifikasi, dan boleh memilih pusat agihan serta sesi bersesuaian dengan mengakses akaun platform yang sama semasa permohonan di pautan https://perantisiswa.kkd.gov.my bermula hari ini.
8955.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (173kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 600 Technology > 607 Education, research & related topics > Instructional Technology |
Campuses: | Kelantan Kelantan > Machang Campus |
Newspaper: | Harian Metro |
Date: | 9 February 2023 |
Depositing User: | Che Hasnan bin Che Idris (Machang) |
Related URLs: |