Abstract
Permatang Pauh: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang di sini melakar sejarah tersendiri apabila mengungguli dua pertandingan kulinari antarabangsa yang berlangsung di Turkiye dan Vietnam, masing-masing pada bulan November serta Disember lalu. Dalam pertandingan ‘World Cook Olympic’ yang diadakan di Istanbul, Turkiye pada 24 hingga 27 November lalu, kontinjen UiTM Pulau Pinang yang diwakili hampir 20 peserta termasuk pegawai pasukan itu turut diperkuat dengan kehadiran beberapa wakil daripada Management & Science University (MSU) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).
Selain memenangi pingat emas dan dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan kategori Top Chef, mereka turut meraih perak bagi kategori universiti terbaik dalam pertandingan berkenaan.
Ketua kontinjen UiTM Pulau Pinang ke Turkiye, Mohd. Syafiq Othman berkata, kejayaan tersebut di luar dugaan kerana mereka hanya mempunyai tempoh kira-kira dua bulan sahaja untuk membuat persiapan sebelum menyertai pertandingan tersebut.
Beliau yang juga merupakan pensyarah kulinari di universiti tersebut berkata, selain wakil Malaysia, pertandingan yang sama turut disertai oleh lebih 20 negara lain dengan hampir 300 peserta keseluruhannya.
“Ini kali kedua UiTM menyertai pertandingan ini kerana ketika edisi pertama iaitu pada 2021, pasukan lain yang dihantar ke sana (Turkiye) untuk mewakili Malaysia.
8946.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (319kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 600 Technology > 640 Home & family management > 641 Food & drink |
Campuses: | Penang > Bukit Mertajam Campus |
Divisions: | Faculties > Hotel and Tourism Management |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Date: | 10 January 2023 |
Depositing User: | Mohd Irwan bin Ismail (Penang) |