Penuntut UiTM cipta pewarna tekstil bahan semula jadi


Abstract

KUALA LUMPUR, 19 FEB: Sebagai usaha melestarikan alam sekitar, sekumpulan penuntut tahun akhir Universiti Teknologi MARA (UiTM) menghasilkan rekaan pakaian menggunakan tekstil daripada bahan dan bahantara semula jadi sepenuhnya.

Hampir 100 koleksi karya seni reka tekstil hasil buatan tangan yang menggunakan teknik batik lukis, batik retakan, ikat celup dan shibori dihasilkan 27 penuntut Sarjana Muda Seni Reka Tekstil universiti itu dipamerkan di Dyeco: Eksplorasi Eko Tekstil Pewarna Alami di Muzium Tekstil Negara di sini bermula semalam hingga 23 Feb ini.

Antara menarik perhatian, rekaan kimono oleh pereka Muhamad Faiz Zahurin, 24, menggunakan ubi keledek ungu bagi menghasilkan ekstrak berwarna ungu gelap yang mewarnai tekstil karyanya melalui teknik canting batik dan shibori (teknik ikat celup tradisional Jepun).

Beliau yang mengambil masa antara dua minggu hingga sebulan untuk menghasilkan pewarna pakaian itu berkata antara cabaran menghasilkan bahan alami itu adalah dengan memastikan suhu persekitaran sesuai bertujuan mendapatkan ton warna diinginkan.

“Bahan pewarna bertindak balas dengan persekitaran, ton warna berbeza akan dihasilkan bergantung kepada suhu, jika panas ia jadi lebih terang sebaliknya pewarna jadi gelap apabila suhu persekitaran lebih sejuk,” katanya kepada Bernama.

[thumbnail of 8938.pdf] Text
8938.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (295kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 700 Arts & recreation > 740 Drawing & decorative arts > 746 Textile arts
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Selangorkini
Date: 19 February 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record