UiTM kekalkan kedudukan 101-200 THE Impact Rankings 2023


Abstract

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengekalkan prestasi dalam menegakkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu apabila empat tahun berturut-turut berada di kedudukan dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor, berkata berbangga di atas peningkatan markah UiTM dalam THE Impact Rankings tahun ini.

"Sebagai sebuah universiti, kami menyokong SDG dengan empat cara iaitu melalui pengajaran, penyelidikan, stewardship dan outreach.

"Justeru, prestasi kami dalam THE Impact Rankings mencerminkan inisiatif kami ke arah menyokong SDGs dan usaha kami untuk menyokong komitmen Malaysia Madani ke arah kemampanan dan kemakmuran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Roziah berkata, pada tahun ini, UiTM mengekalkan kedudukan strategiknya pada tangga 101-200 daripada 1,591 kedudukan institusi di seluruh dunia dengan skor keseluruhan 85.9 berbanding 82.8 pada tahun lalu.

"Di samping itu, UiTM terus mengekalkan kedudukannya sebagai universiti kedua tertinggi di Malaysia bersama Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia yang juga menduduki tangga yang sama.

[thumbnail of 8929.pdf] Text
8929.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (259kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
300 Social sciences > 370 Education > Awards
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 2 June 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record