PM: Mahasiswa perlu bawa pemikiran baharu, bina adab


Abstract

SHAH ALAM, 7 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan mahasiswa bahawa pendidikan yang diperoleh mereka seharusnya dapat membina adab dan ketamadunan yang tinggi dan bukan bertujuan untuk mendapatkan profesion, kedudukan serta kuasa.

Beliau berkata di bawah Kerajaan Madani pimpinannya, beliau dengan jelas membantah dan melontarkan asakan yang kuat kepada kelompok penguasa elit yang menggunakan kuasa untuk membolot kekayaan negara dan menggunakan jawatan untuk mengkayakan kroni dan sanak saudara.

“Saya asak dan bukan sahaja bantah tindakan ini tetapi pemikiran ini harus dirombak,” katanya ketika berucap pada Majlis Dialog Perdana Menteri bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Se-Malaysia di sini hari ini.

Justeru, katanya anak-anak mahasiswa harus membawa paradigma dan pemikiran baharu yang menjadikan pendidikan itu dapat membina adab dan ketamadunan.

[thumbnail of 8922.pdf] Text
8922.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (291kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 306 Culture & institutions
300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Selangorkini
Date: 7 April 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record