Abstract
KENYATAAN Menteri Komunikasi dan Multimedia Digital, Fahmi Fadzil berhubung penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) akan dibentang di Parlimen adalah satu penantian berdekad. Justeru, sudah tiba masa untuk Malaysia mempunyai majlis media sendiri kerana ia sudah dibincangkan sejak 1970-an.
Namun, segala perincian perlu diteliti bagi menyesuaikan dengan peredaran teknologi digital dan perkembangan media. Usaha menubuhkan badan mengawal selia media bebas ini sudah diperjuangkan pengamal media tempatan sejak sekian lama bagi mendukung standard kewartawanan, menaikkan tahap profesionalisme dan menyediakan ruang arbitrasi aduan awam.
Langkah seterusnya adalah menjadikan badan kawal selia ini sebagai realiti. Penubuhan majlis media yang terbuka, bertanggungjawab dan telus dapat membantu membina keyakinan terhadap media, menyumbang kepada kredibiliti organisasi media khususnya media perdana.
Usul ini adalah satu langkah penting dan tepat pada waktu memandangkan dua faktor utama, iaitu melindungi dan menaik taraf profesion kewartawanan media perdana khususnya kini berdepan cabaran digital.
8912.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (404kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 000 Computer science, information & general works > 070 News media, journalism & publishing |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 27 May 2023 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |