Rejimen 504 AW sasar penyertaan 330 rekrut baharu dari IPT Perlis


Abstract

LANGKAWI: Rejimen 504 Askar Wataniah (AW) menyasarkan penyertaan sebanyak 330 rekrut baharu pasukan simpanan itu daripada institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh Perlis setiap tahun.

Pemangku Raja Perlis, Brig Jen Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah usaha itu adalah sebahagian daripada inisiatif Rejimen 504 AW dalam fasa pembangunan pasukan simpanan pertahanan negara.

"Rejimen 504 AW menyasarkan jumlah itu selepas menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bersama 11 IPT yang terdapat di Perlis," titah baginda yang juga Komander Rejimen 504 AW di sini, malam tadi.

Baginda bertitah demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani MoA membabitkan empat IPT iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kolej Universiti Islam Perlis (KUiPs), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis.

[thumbnail of 8892.pdf] Text
8892.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (245kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Corporate Creators: BERNAMA
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 350 Public administration & military science
Campuses: Kedah
Kedah > Sungai Petani Campus
Newspaper: Berita Harian
Date: 25 May 2023
Depositing User: Noor Azlina Hamzah (Kedah)
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record