Abstract
Pasir Mas: Dua beradik mengambil peluang berniaga kuih manja sepanjang cuti semester dan pada masa terluang, memandangkan mereka terpaksa menjalani proses pembelajaran di rumah susulan pandemik Covid-19.
Nur Tasni Mazlan 21, dan adiknya, Nur Faizah Mazlan, 18, masing-masing adalah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam, Selangor dan Machang, Kelantan.
Nur Tasni yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Kepujian Kewangan berkata, mereka memutuskan untuk menjual kuih manja bagi mengisi masa lapang selain dapat membantu keluarga serta mencari pendapatan sampingan.
Menurutnya, kuih manja itu sudah dijual oleh bapanya, Mazlan Ibrahim, 50, sejak 1992 dan mengakui mereka dibesarkan hasil jualan kuih berkenaan selain sudah sebati dengan resipi dan cara penyediaannya.
8890.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (149kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 600 Technology > 650 Management & auxiliary services |
Campuses: | Kelantan > Machang Campus |
Newspaper: | Harian Metro |
Date: | 24 August 2021 |
Depositing User: | Che Hasnan bin Che Idris (Machang) |
Related URLs: |