UiTM, Merchantrade sedia khidmat dompet digital


Abstract

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade) baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menyediakan perkhidmatan dompet digital kepada pelajar antarabangsa dan di luar negara yang berdaftar di universiti itu, kakitangan serta sejuta ahli alumni yang masih aktif.

Dikenali sebagai Kad Prabayar Visa Merchantrade Money dengan dompet digital, kad yang berciri revolusi dan penyelesaian aplikasinya mampu memberi kemudahan kepada pelajar dan kakitangan UiTM untuk menjalankan transaksi kewangan secara digital.

Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K Veeran, berkata syarikat itu sentiasa berkembang dan menerajui dalam merevolusikan industri dengan peningkatan tumpuan pada penawaran digital.

"Merchantrade berhasrat untuk membolehkan perkhidmatan kewangan yang inovatif melalui teknologi yang juga menjadikannya lebih selamat dan mudah untuk membawa serta membelanjakan mata wang asing apabila pengguna ke luar negara," katanya dalam satu kenyataan.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor pula berkata, hasrat untuk menjadikan UiTM sebagai Universiti Terkemuka Dunia (GRU2025) memberikan banyak peluang kepada pihak universiti untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dengan organisasi dan agensi luar.

[thumbnail of 8888.pdf] Text
8888.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (283kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Corporate Creators: Berita Harian
Subjects: 300 Social sciences > 330 Economics > 332 Financial economics
300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 30 January 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record