Dua minggu sebelum konvokesyen disahkan menghidap kanser tahap empat


Abstract

SHAH ALAM: Dua minggu sebelum tarikh konvokesyen disahkan menghidap kanser kolon atau usus tahap empat tidak mematahkan semangat Dr Anis Mardiana Abdullah, seorang daripada penerima anugerah pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-95, hari ini.

Anis Mardiana, 45, berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Doktor Falsafah (Pengangkutan dan Logistik) tetap menggagahkan diri berdiri ketika menerima skrol ijazah kedoktoran (PhD) daripada Pro-Canselor UiTM, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Penerima Anugerah Hadiah Buku Inovasi Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) itu berkata, dia enggan menggunakan kerusi roda kerana tidak mahu menyusahkan orang lain malah masih merasakan mampu berdiri walaupun dalam tempoh sekejap.

"Saya tidak sangka dapat anugerah ini (dalam keadaan kesihatan tidak menentu). Alhamdulillah segalanya berjalan lancar (konvoksyen).

"Semasa sambung belajar, tiada simptom teruk, ada sikit-sikit termasuk tangan menggeletar bila menulis... saya ingat stres belajar tetapi sekarang ini baru saya tahu keadaan kesihatan saya agak teruk.

"Selepas tamat belajar, saya buat pemeriksaan..doktor sahkan kanser tiroid. Saya ingat setakat itu saja tetapi keadaan kesihatan masih tidak baik, jadi dua minggu lalu selepas buat pemeriksaan, saya didiagnosis kanser kolon tahap empat," katanya ketika ditemui selepas istiadat konvokesyen itu, hari ini.

[thumbnail of 8886.pdf] Text
8886.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (273kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 26 November 2022
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record