IPT perlu rangka pelan pengajian selari permintaan pasaran


Abstract

SHAH ALAM: Inisiatif memanfaatkan teknologi tinggi dan pertumbuhan berasaskan digital dilihat sebagai penyelesaian bagi isu pengangguran belia, kebolehpasaran siswazah, perlindungan pekerja serta pembangunan bakat.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, ia sekali gus dapat meningkatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan taraf hidup sesebuah keluarga.

"Untuk itu, institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara perlu memastikan perangkaan pelan pengajian selari dengan permintaan pasaran terutama dalam bidang yang boleh membentuk masa depan negara.

"Bahkan, saya pasti Universiti Teknologi Mara (UiTM) melihat perkara ini lantas mengambil inisiatif dengan merangka program baharu itu.

"Hasrat kita untuk melihat graduan mendapat pekerjaan, sekali gus membantu meningkatkan ekonomi keluarga," titah baginda sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-95 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, di sini, hari ini.

Tengku Permaisuri Norashikin selaku Pro-Canselor UiTM berangkat ke sidang pertama istiadat itu mewakili Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Canselor UiTM.

[thumbnail of 8885.pdf] Text
8885.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (263kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 26 November 2022
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record