Abstract
SHAH ALAM: Minat mendalam terhadap kerjaya bapa dan abang dalam bidang kewartawanan mendorong Wan Amirul Aizzat Wan Ahmad Jailani, 25, untuk mengikuti jurusan sama di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Namun lebih istimewa bagi bekas pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media itu apabila dia turut menerima Anugerah Naib Canselor, kelas pertama pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-96, hari ini selepas memperoleh lima kali anugerah dekan sepanjang empat tahun pengajian.
Wan Amirul Aizzat berkata, bapanya Wan Jailani Razak, 57, kini bertugas sebagai Pengarang Berita di Berita Harian, manakala abangnya, Wan Amirul Amsyar, 30, adalah Timbalan Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Dalam keluarga saya sekarang ada lima produk UiTM iaitu empat bergelar 'Budak MassComm' lulusan ijazah sarjana muda, termasuk kakak ipar," katanya ditemui.
Terdahulu, Wan Amirul Aizzat menerima Anugerah Naib Canselor disampaikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin selaku Pro-Canselor UiTM.
8879.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (335kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 21 May 2023 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |