85 peratus graduan UiTM dapat kerja


Abstract

SHAH ALAM: Kira-kira 85 peratus graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) ditawarkan pekerjaan selepas enam bulan tamat pengajian.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Roziah Janor, berkata antara program yang menyumbang kepada kebolehpasaran yang tinggi ialah pergigian, farmasi, pengurusan, perakaunan dan sains komputer.

"Hospitaliti (perhotelan) antara yang mencabar dari segi kebolehpasaran, susulan pandemik COVID-19.

"Universiti melaksanakan banyak inisiatif bagi meningkatkan kebolehpasaran. Antaranya mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dengan hotel di dalam dan luar negara bagi membantu pelajar," katanya di sini hari.

Terdahulu, Roziah menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) dengan dua pengiktirafan iaitu Jumlah Skrol Terbanyak Dalam Istiadat Konvokesyen dan Bilangan Skrol Tertinggi Yang Disampaikan Oleh Naib Canselor.

[thumbnail of 8877.pdf] Text
8877.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (231kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
600 Technology > 650 Management & auxiliary services
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 10 December 2022
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record