Aksi spontan Tengku Permaisuri Selangor lihat graduan kembar jadi perhatian


Abstract

KUALA LUMPUR: Setiap kali Majlis Istiadat Konvokesyen di universiti diadakan, pasti ada perkara lucu, menarik atau kenangan yang berjaya dirakam lensa kamera sepanjang majlis berlangsung.

Kali ini, sepasang adik beradik kembar yang hadir ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-96 bagi mengambil skrol akademik mereka berjaya mencuri perhatian netizen.

Menerusi satu video yang dimuatnaik oleh pengguna dikenali Nazmi Ramli, pasangan kembar dengan tertera nama Syazwana dan Syazwani dilihat bersahaja naik ke pentas untuk mengambil skrol mereka.

Namun apa yang menarik ialah reaksi wajah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Baginda dilihat seakan-akan terkejut dan keliru selepas melihat dua orang yang mempunyai wajah yang hampir sama naik ke pentas hingga memaksa baginda berpaling untuk melihat semula graduan itu.

Bagaimanapun, baginda mula menyedari graduan itu adalah pasangan kembar dan tersenyum sendirian selepas menyedari perkara itu.

Video dengan jumlah tontonan sebanyak 1.7 juta itu turut mendapat komen netizen yang turut terhibur dengan situasi berkenaan.

[thumbnail of 8876.pdf] Text
8876.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (244kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 25 May 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record