MPP di semua kampus UiTM terima RM10,000


Abstract

Kuala Selangor: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan sebanyak RM 10,000 kepada 13 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di 34 kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) seluruh negara.

Ahmad Zahid berkata, peruntukan itu bertujuan memudahkan MPP berinteraksi dengan mahasiswa serta menjalankan aktiviti berfaedah dengan syarat mengikut garis panduan ditetapkan.

"Untuk pertengahan tahun ini, saya berikan RM10,000 kepada setiap MPP dan saya minta mereka buat aktiviti mengikut garis panduan.

"Pada akhir tahun ini kalau mereka membelanjakan mengikut garis panduan yang diberikan, saya akan ikhtiarkan untuk tambah lagi RM10,000," katanya ketika ditemui selepas Majlis Riang Raya MPP UiTM bersama Timbalan Perdana Menteri di UiTM Puncak Alam, di sini, hari ini.

[thumbnail of 8873.pdf] Text
8873.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (156kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: Corporate Governance
Campuses: Selangor
Selangor > Puncak Alam Campus
Newspaper: Harian Metro
Date: 18 May 2023
Depositing User: Munirah binti Mohamad Izzan (KABS)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record