Pelajar maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat asrama


Abstract

SEPANG: Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dengkil, di sini, maut apabila dipercayai terjatuh dari tingkat empat asrama lelaki di kampus itu, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata terdahulu mangsa berusia 18 tahun dikatakan bersembang dengan rakannya di balkoni asrama berkenaan.

"Menurut rakannya yang juga saksi kejadian, insiden berlaku ketika mangsa dikatakan sedang bercakap telefon sambil duduk di atas besi palang balkoni menghadap ke luar bangunan.

"Tiba tiba, mangsa dipercayai tergelincir dari besi yang didudukinya itu lalu terjatuh dari ketinggian empat tingkat," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

[thumbnail of 8864.pdf] Text
8864.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (226kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record