UiTM, NUS kongsi kepakaran bidang perubatan


Abstract

KUALA LUMPUR: Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), hari ini memperkukuh kerjasama dengan National University of Singapore (NUS) melalui pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA), bagi meningkatkan perkongsian kepakaran dalam bidang pengajian perubatan.

Melalui MoA berkenaan, kedua-dua universiti akan turut bekerjasama dalam penganjuran bersama pertandingan antarabangsa, pertukaran staf, aktiviti penyelidikan dan penerbitan, selain penerokaan kerjasama antarabangsa.

Penolong Naib Canselor UiTM Global, Prof Dr Shahriman Zainal Abidin, berkata kerjasama kedua-dua pihak bermula sejak 2020 melalui sesi pembelajaran dalam talian bagi subjek Entomologi Forensik, seterusnya menandatangani MoA pada April 2022.

"MoA yang ditandatangani hari ini dijangka membuka jalan lebih banyak perjanjian dan kerjasama antara UiTM dan NUS, tidak terhad kepada bidang entomologi dan perubatan tetapi turut mencakupi disiplin lain yang mempunyai kepentingan bersama.

"Kita kini selangkah lebih dekat untuk memetakan UiTM di mata dunia dan mengubah UiTM menjadi universiti terkenal di peringkat global pada 2025," katanya berucap pada majlis pertukaran MoA berkenaan, hari ini.

Pada majlis berkenaan, UiTM diwakili Shahriman manakala NUS diwakili Pengarah Program Sains Forensiknya, Prof Madya Dr Stella Tan.

Sementara itu, Dr Stella, berkata MoA berkenaan menandakan permulaan lembaran baharu dalam komitmen bersama antara UiTM dan NUS bagi mempromosi kerjasama pendidikan dan penyelidikan antara universiti.

"MoA ini adalah peristiwa penting dalam perjalanan bersama kita ke arah pembelajaran pendidikan tinggi di Singapura dan Malaysia.

"Ini bukti nilai bersama dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi untuk bekerjasama bagi tujuan yang lebih besar iaitu membentuk generasi muda dengan lebih baik dalam bidang masing-masing, beserta perspektif global.

"Ini adalah visi bersama universiti kita demi masa depan, yang mana kedua-dua organisasi bekerjasama untuk masa depan pendidikan, memanfaatkan kekuatan dan kepakaran satu sama lain bagi memberi impak yang ketara," katanya.

Sempena pemeteraian MoA itu, satu bengkel Entomologi Forensik dianjurkan Institut Bioteknologi Perubatan Molekul (IMMB), yang disertai 17 pelajar Sarjana Sains Forensik UiTM dan 21 pelajar prasiswazah pelbagai bidang dari NUS di Fakulti Perubatan UiTM, Kampus Sungai Buloh.

[thumbnail of 8836.pdf] Text
8836.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (286kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 600 Technology > 610 Medicine & health > 617 Surgery & related medical specialties
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 21 February 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record