HASA juara keseluruhan Karnival Sukan Staf UiTM Cawangan Selangor


Abstract

KUALA LUMPUR: Hospital Al Sultan Abdullah (HASA) muncul juara keseluruhan Karnival Sukan Staf UiTM Cawangan Selangor (KASSUS) 2023 yang julung kali diadakan membabitkan penyertaan kakitangan dari seluruh sistem UiTM Cawangan Selangor (UCS).

HASA yang muncul juara keseluruhan bagi kejohanan itu berjaya mengumpulkan tujuh pingat emas, tiga perak dan dua gangsa.

Pembabitan lebih 1,000 orang staf merangkumi pengurusan kontinjen dan atlet bagi program hasil inisiatif Unit Sukan UCS ini bermula pada 11 Februari dan melabuhkan tirainya pada 26 Februari lalu.

Sebanyak sembilan acara sukan dipertandingkan iaitu bola sepak 9 sebelah, bola jaring, bola tampar, dart, tenis, badminton, pingpong karom dan petanque.

UCS sedang dalam usaha merangka pelan bagi melaksanakan program-program sukan berbentuk kebersamaan, kemuafakatan, semangat ukhuwah dan kekitaan sekaligus menyasarkan peningkatan indeks keceriaan dan kegembiraan dikalangan staf.

Program perintis ini dijangka diteruskan bagi tahun-tahun mendatang sebagai program tahunan di UCS.

[thumbnail of 8835.pdf] Text
8835.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (223kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Corporate Creators: Berita Harian
Subjects: 700 Arts & recreation > 790 Recreational & performing arts > 796 Athletic & outdoor sports & games
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 13 March 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record