Abstract
KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Geospec Sdn Bhd hari ini bagi merancakkan pelbagai aktiviti akademik, penyelidikan dan intelektual. Rektor UiTM Profesor Datuk Dr Jamali Hamali berkata, kerjasama itu turut melibatkan bidang penyeliaan, pertukaran maklumat berkaitan dengan perkembangan ilmu dalam pengajaran, pembangunan pelajar dan institusi penyelidikan.
"MoU ini juga melibatkan penerimaan latihan praktikal pelajar untuk satu tempoh yang dipersetujui bersama dan menjalin kerjasama dalam bidang-bidang lain seperti yang dipersetujui dari semasa ke semasa.
"Ini adalah antara aktiviti yang akan kita laksanakan untuk permulaan dan saya percaya lebih banyak lagi aktiviti serta kerjasama lain boleh dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
"Selain itu, kita di UiTM Cawangan Sarawak sentiasa terbuka dan sedia untuk berkongsi kepakaran yang dimiliki dengan masyarakat luar," ujarnya pada majlis menandatangani MoU tersebut di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak di sini, hari ini.
#8832.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (3MB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Corporate Creators: | Utusan Borneo |
Uncontrolled Keywords: | Memorandum Persefahaman (MoU) |
Subjects: | Corporate Governance |
Campuses: | Sarawak > Kota Samarahan Campus |
Divisions: | Administrative Office > Communications Department |
Newspaper: | Utusan Borneo |
Page Range: | pp. 1-2 |
Date: | 13 December 2022 |
Depositing User: | Jamil Jawi (Samarahan) |
Related URLs: |