Lembaga Pengarah UiTM jumpa UiTM Holding berhubung isu rugi


Abstract

Machang: Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mengadakan pertemuan dengan UiTM Holdings bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi yang berlaku, sebagaimana laporan yang didedahkan mengenai kerugian sebanyak RM157 juta.Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, pertemuan akan dilakukan minggu ini sebelum beliau bertemu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki untuk siasatan lanjut."UiTM Holdings ini sebagai entiti perniagaan yang mereka lakukan untuk menjana pendapatan dan kita memberi ruang dan menganggapnya satu aktiviti yang boleh membantu meningkatkan pendapatan sesebuah universiti."Bagaimanapun, harus ada kefahaman bahawa UiTM Holdings bukan UiTM tetapi sebagai entiti perniagaan."Fungsi utama UiTM adalah pengajaran, mengeluarkan graduan, melakukan penyelidikan, penerbitan serta kerja khidmat sosial yang tidak ada kaitan dengan aktiviti UiTM Holdings," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Kemuncak Inovasi & Kualiti UiTM Cawangan Kelantan yang turut dihadiri Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan Prof Dr Abdol Samad Nawi, di sini, hari ini.Katanya, orang ramai diminta supaya tidak memandang serong kepada UiTM berhubung isu yang berlaku ketika ini.Media sebelum ini melaporkan SPRM sedang menyiasat dakwaan penyelewengan UiTM Holdings yang turut membabitkan dana dan beberapa pelaburan sehingga kerugian jutaan ringgit.Ia susulan UiTM Holdings dilaporkan rugi RM157 juta yang didakwa berdasarkan kepada kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama empat tahun iaitu bagi 2017, 2018, 2019 dan

[thumbnail of 8829.pdf] Text
8829.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (142kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 330 Economics > 332 Financial economics
300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Kelantan > Machang Campus
Newspaper: Harian Metro
Date: 1 March 2023
Depositing User: Che Hasnan bin Che Idris (Machang)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record