Abstract
UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan menyasarkan hasil jualan buah nanas MD2 dan sulur dengan keluasan melebihi 1.6 hektar yang diusahakan di Bukit Tiu, di sini mampu mencecah hampir RM200,000 tahun ini.Penyelaras Unit Agrobisnes UiTM Kelantan Hadhifah Fadhlina Ismail berkata, sasaran itu mungkin dapat dicapai, berikutan projek yang bermula sejak April 2021 itu telah mula dituai pada Februari lepas."Hasil daripada jualan ini, kita akan tambahkan lagi keluasan tanah bagi penanaman nanas MD2 kerana dari segi pemasaran, kita mendapat permintaan tinggi bukan sahaja di UiTM bahkan daripada agensi kerajaan dan penduduk setempat."Saya yakin apabila projek penanaman ini membuahkan hasil, ia bukan sahaja memberi peluang kepada mahasiswa menjadi agropreneur muda, malah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar untuk bekerja secara kontrak di ladang nanas ini," katanya ketika ditemui pemberita di UiTM Kampus Machang, di sini, baru-baru ini.Mengulas lanjut, Hadhifah Fadhlina berkata, pelbagai latihan turut disediakan oleh pihaknya kepada pelajar dan masyarakat setempat, yang berminat dalam bidang pertanian ini seperti latihan teknikal dalam penanaman nanas, pengurusan tanaman, keusahawanan dan pemasaran digital.
8828.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (244kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 600 Technology > 650 Management & auxiliary services |
Campuses: | Kelantan > Machang Campus |
Newspaper: | Harian Metro |
Date: | 14 March 2023 |
Depositing User: | Che Hasnan bin Che Idris (Machang) |
Related URLs: |