TPM ucap tahniah dua pelajar MARA, catat pencapaian terbaik peperiksaan ACCA


Abstract

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar tajaan MARA, Julea Qiestyna Abu Zar dan Danish Zafran Bazam, atas pencapaian terbaik dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Julea Qiestyna, pelajar ACCA FIA Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, memperoleh markah tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia bagi kertas peperiksaan 'Recording Financial Transactions' (FA1) pada sesi Mac lalu.

Sementara itu, Danish Zafran, penuntut UiTM Shah Alam memperoleh 'Top ACCA Prize Winner' selepas beliau mendapat tempat pertama di peringkat kebangsaan dan ketiga di dunia dalam kertas peperiksaan 'Performance Management', juga pada Mac lalu.

"Sekalung tahniah diucapkan kepada dua pelajar tajaan MARA kerana berjaya dinobatkan sebagai ACCA 'World Prize Winners'.

"Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat semua pelajar tajaan MARA yang lain. 'All the best'," katanya, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menerusi catatan di Facebook, hari ini. – BERNAMA

[thumbnail of 8795.pdf] Text
8795.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (239kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Corporate Creators: Bernama
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education
300 Social sciences > 370 Education > Awards
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 3 May 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record