Aniq, Nur Ain dinobat Olahragawan, Olahragawati UiTM 2022


Abstract

SHAH ALAM: Badang negara Mohamad Aniq Kasdan dan atlet boling padang wanita negara Nur Ain Nabilah Tarmizi hari ini dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2022.

Mereka membawa pulang sijil, trofi, piala pusingan serta wang tunai RM1,000 yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Seri Abdul Razak Jaafar pada Majlis Anugerah Sukan (MAS) UiTM.

Mohamad Aniq, 21, menempa nama di persada antarabangsa selepas meraih pingat emas dalam acara angkat berat di temasya Sukan Komanwel di Birmingham pada Julai 2022.

Nur Ain Nabilah, 25, pula menggondol pingat perak bersama skuad trio boling padang negara yang dibarisi Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman dan Azlina Arshad di temasya sama.

Atlet itu turut menerima anugerah serupa pada 2019.

Abdul Razak, dalam ucapannya, berkata penglibatan atlet dan pasukan UiTM di peringkat kebangsaan serta antarabangsa secara konsisten membuktikan universiti itu serius untuk bersaing dalam arena sukan.

Beliau berkata kejayaan yang diperoleh membuktikan bahawa menara gading bukan kubur kerjaya seseorang atlet sebaliknya tempat menimba ilmu akademik dan sukan.

"Saya percaya program pembangunan yang disediakan kepada para atlet UiTM bukan sekadar pembangunan fizikal semata-mata bahkan untuk membentuk atlet yang boleh berfikir sejajar dengan matlamat Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi agar mereka menjadi atlet yang bijak mengurus diri secara profesional sebelum, semasa dan juga selepas pertandingan.

"Saya juga percaya, mereka merupakan individu istimewa yang mengorbankan masa dan jiwa dalam sukan yang diceburi, dan dengan sistem pembelajaran yang fleksibel pastinya atlet ini berpeluang mengatasinya selain dapat memberikan komitmen dalam akademik serta sukan sama ada latihan mahupun pertandingan," katanya.

MAS UiTM 2022 memberi pengiktirafan kepada atlet dan pegawai sukan yang mempamerkan kecemerlangan dalam bidang itu menerusi 15 kategori anugerah.

Antara yang dipertanding tahun ini ialah Anugerah Hall of Fame, Anugerah Emas Universiti, Anugerah Khas Universiti, Tokoh Sukan UiTM dan Tokoh Sukan Alumni. - BERNAMA

[thumbnail of 8777.pdf] Text
8777.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (303kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Corporate Creators: Bernama
Subjects: 700 Arts & recreation > 790 Recreational & performing arts > 796 Athletic & outdoor sports & games
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 19 March 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record