15 atlet rebut gelaran Olahragawan, Olahragawati UiTM


Abstract

KUALA LUMPUR: Lapan atlet lelaki dan tujuh atlet wanita akan berentap bagi merebut gelaran Olahragawan dan Olahragawati Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada majlis Anugerah Sukan UiTM yang akan berlangsung, Sabtu ini.

Mendahului senarai bagi olahragawan adalah pemenang pingat emas acara angkat berat Sukan Komanwel 2022, Mohamad Aniq Kasdan; pemenang tempat ketiga Kejohanan Ragbi Asia 15s 2022, Ahmad Zulhilmi Azizad serta pemenang pingat emas acara petanque SUKMA 2022, Syed Afiq Fakhri Syed Ali.

Selain itu, pemenang pingat emas Piala Emas Khir Johari 2022, Zuhri Muhammad Zin; juara Kejuaraan AFF B-19 2022, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili dan pemenang dua pingat emas acara kayak SUKMA 2022, Khairul Naim Zainal.

Dua lagi adalah pemenang emas bagi acara memanah pada SUKIPT 2022, MASUM 2022 dan SUKMA 2022, Mohamad Syafiq Md Ariffin serta pemenang dua emas pada Kejuaraan Menembak Asia Tenggara 2022, Muhammad Ezuan Nasir Khan.

Calon olahragawati pula membariskan pemenang pingat perak acara boling padang Sukan Komanwel 2022, Nur Ain Nabilah Tarmizi; pemenang emas acara petanque di MASUM 2022 dan Petanque IPT serta perak pada Sukan SEA 2022, Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali dan pemenang perak Kejuaraan Dunia Muaythai IFMA 2022, Nur Amisha Azrilrizal.

Selain itu, atlet catur yang memenangi emas 'FIDE Online Olympiad Division 3 Pool A', Puteri Munajjah Az-Zahraa Azhar; atlet bola sepak dan futsal wanita negara, Nur Syafiqah Zainal Abidin, atlet terbaik Asia pada 'Pahang Ocean Paddle International Challenge', Aimi Ayuni Zwan dan atler perahu layar negara, Juni Karimah Noor Jamali.

UITM dalam satu kenyataan berkata anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan atlet dan pegawai yang mengharumkan nama UiTM dalam arena sukan di pelbagai peringkat.

"Pengiktirafan ini juga selaras dengan hasrat UiTM iaitu pemerkasaan mahasiswa dalam bidang sukan. Disamping itu ia juga menggalakkan pembabitan aktif pelajar dalam bidang sukan."

Sebagai rekod, sebanyak 15 kategori diberikan kepada atlet dan pegawai yang memperagakan kecemerlangan dalam bidang sukan masing-masing sepanjang tahun lalu.

Anugerah yang dipertandingkan adalah Anugerah Olahragawan, Olahragawati, Anugerah Hall of Fame, Anugerah Emas Universiti, Anugerah Perak Universiti, Anugerah Gangsa Universiti, Anugerah Khas Universiti, Anugerah Sijil Penghargaan, Pasukan Cemerlang, Pengurus Cemerlang, Jurulatih Cemerlang, Tokoh Sukan UiTM dan Tokoh Sukan Alumni serta penghargaan khas staf.

[thumbnail of 8774.pdf] Text
8774.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (288kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 700 Arts & recreation > 790 Recreational & performing arts > 796 Athletic & outdoor sports & games
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 15 March 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record