UiTM mohon maaf, silap siar data lebih 11,000 pemohon


Abstract

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) memohon maaf dan mengambil maklum mengenai dakwaan mengenai berlaku kebocoran data lebih 11,000 pemohon universiti berkenaan.

Menerusi akaun Twitter rasminya, UiTM mengesahkan pautan kepada senarai sebanyak 11,891 nombor kad pengenalan dan e-mel pemohon itu tidak lagi aktif kerana kemas kini telah dilakukan.

"Pautan kepada senarai tersebut tidak lagi aktif dan kemaskini telah dilakukan. Pihak UiTM mohon maaf di atas kesilapan yang berlaku," katanya menerusi kenyataan di Twitter.

Terdahulu , seorang pengguna Twitter mendakwa UiTM menyiarkan nombor MyKad dan e-mel 11,891 pemohon di internet.

Katanya, maklumat nombor kad pengenalan dan alamat e-melnya turut didapati dalam senarai berkenaan.

Semakan di laman Twitter milik pengguna itu menunjukkan beberapa tangkap layar senarai itu.

Menurut pengguna Twitter itu, pautan itu dikongsi dengan pelajar untuk menyemak butiran peribadi mereka menerusi fungsi carian di pelayar internet.

Beberapa pengguna media sosial mengkritik UiTM susulan kesilapan itu dan menyifatkan pihak universiti sebagai cuai.

Beberapa pengguna berkata, UiTM tidak menggunakan perisian memproses data yang dipercayai bagi menyimpan maklumat sensitif

[thumbnail of 8697.pdf] Text
8697.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (217kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Corporate Creators: Berita Harian
Subjects: 000 Computer science, information & general works
300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 10 May 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record