UiTM sedia terima Syed Saddiq jika penganjur mohon ikut peraturan


Abstract

HAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak pernah menutup pintu kepada mana-mana pemimpin untuk masuk ke institusi pengajian bumiputera tersebut selagi ia memberi manfaat untuk para mahasiswa.

Namun menurut Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor, pihak yang ingin masuk dan menganjurkan program dalam kampus sewajarnya melalui proses secara berhemah dan mematuhi prosedur yang digariskan.

“UiTM secara peribadi tidak mempunyai masalah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Sebenarnya isu semalam berlaku kerana penganjur tidak melalui proses yang berhemah,permohonan tidak dibuat melalui pejabat Naib Canselor.

“Kita tidak menerima surat (permohonan) daripada penganjur. Saya difahamkan semasa Syed Saddiq hadir di pintu utama dia berkata hadir atas jemputan penganjur,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan Institut Integriti Malaysia (IIM) di Bangunan Canseleri, hari ini.

MoU ditandatangani beliau mewakili UiTM dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi mewakili IIM.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM akan memberikan tarikh baharu kepada Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu bagi mengadakan dialog di universiti berkenaan.

[thumbnail of 31032023_UM_UiTM sedia terima Syed Saddiq jika penganjur mohon ikut peraturan.pdf] Text
31032023_UM_UiTM sedia terima Syed Saddiq jika penganjur mohon ikut peraturan.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (281kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 31 March 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record