Kesan kepada pelajar pedalaman


Abstract

KUCHING: Penangguhan pendaftaran dan kemasukan semua pelajar UiTM Cawangan Sarawak sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelajar terutamanya yang berada di kawasan pedalaman. Rektor UiTM Cawangan Sarawak Prof. Datuk Dr Jamil Hamali berkata, perkara ini disebabkan kekangan kemudahan Internet di kawasan berkenaan. “Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) buat masa ini menggunakan kaedah terbuka dan jarak jauh (ODL) dan sudah pasti kaedah ini memerlukan pelajar untuk mempunyai capaian Internet yang baik. “Namun begitu, sesi PdP secara luar talian boleh diadakan bagi pelajar yang mempunyai akses capaian Internet yang terhad seperti menyediakan kuliah prarakaman atau nota bercetak yang dikirim melalui pos kepada pelajar,” katanya kepada Suara Sarawak baru-baru ini. Tambahnya, bagi pelajar yang perlu menggunakan makmal, studio dan sebagainya, mereka agak terkesan disebabkan tidak dapat menjalani sesi pembelajaran bersemuka. Ujarnya, sebanyak 9,345 pelajar peringkat pradiploma hingga sarjana muda di seluruh UiTM Sarawak terlibat dalam penangguhan ini.

[thumbnail of #6729.ai] Text
#6729.ai - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (2MB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Corporate Creators: Suara Sarawak
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education
300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Sarawak
Newspaper: Suara Sarawak
Page Range: pp. 1-2
Date: 7 October 2020
Depositing User: Jamil Jawi (Samarahan)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record