UiTM mampu capai kecemerlangan


Abstract

MUKAH: Naib Canselor(VC) Universiti Teknologi MARA (UiTM) meletak impian untuk menjadikan UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah(UiTM Mukah) sebagai pusat penyelidikan termuka. Profesor Datuk Teknologis (Ts.) Dr. Roziah Mohd Janor menyatakan bahawa pusat pengajian yang berada di luar bandar itu mempunyai banyak persamaan dengan Santa Fe Institute di New Mexico, Amerika Syarikat. Idea beliau untuk menjadikan UiTM Kampus Mukah sebagai pusat penyelidikan terkemuka adalah rentetan daripada pengalamannya semasa berada di sana (Santa Fe Institute) dahulu. “Lokasi UiTM Kampus Mukah yang terletak di zon tengah wilayah Sarawak mungkin bagi sesetengah orang agak jauh dan terpencil. Ia boleh menjadi sebagai pusat penyelidikan terkemuka kerana mempunyai banyak persamaan dengan Santa Fe Institute, New Mexico, Amerika Syarikat seperti kedudukannya yang agak terpencil, tetapi telah berjaya menduduki 24 teratas “Badan Pemikir Sains dan Teknologi” di dunia,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada program “Berloyar Dengan VC (Vice Chancellor)” yang dianjurkan sempena lawatan sulungnya ke UiTM Mukah hujung minggu lalu. Harapan Dr. Roziah iadalah untuk melihat ia sebagai pusat penyelidikan dan kecemerlangan yang bakal menerima kunjungan penyelidik-penyelidik, bukan sahaja dari dalam negara, malah turut membuka peluang kepada koloboratif penyelidikan bersama penyelidik-penyelidik peringkat antarabangsa.

[thumbnail of #6665.ai] Text
#6665.ai - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (4MB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Corporate Creators: Utusan Sarawak
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education
300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Sarawak
Newspaper: Utusan Sarawak
Page Range: pp. 1-3
Date: 24 February 2022
Depositing User: Jamil Jawi (Samarahan)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record