UiTM Kampus Mukah berkembang maju


Abstract

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UiTM Sarawak Kampus Mukah(UiTM Mukah) bermula beroperasi pada Sesi Disember 2002 dengan menjalankan program Pra-Perdagangan(PD0030). Pada peringkat awal, UiTM hanya menyewa rumah kedai untuk menempatkan asrama pelajar, bilik pejabat, bilik kuliah dan perpustakaan. Namun kini ia sudah beroperasi di kampus kekal sendiri yang terletak kira-kira 7.5 kilometer daripada pusat Bandar Mukah. Universiti Awam pertama di Wilayah Tengah Sarawak ini terus berkembang dari semasa ke semasa dan senario itu telah menarik perhatian Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Datuk Teknologis (Ts.) Dr Roziah Mohd Janor. Justeru beliau meletakkan impian untuk menjadikan UiTM Mukah sebagai pusat penyelidikan terkemuka di kawasan ini dan peringkat antarabangsa pada suatu hari nanti. Dr Roziah menyatakan bahawa pusat pengajian yang berada di luar bandar itu mempunyai banyak persamaan dengan Santa Fe Institute di New Mexico, Amerika Syarikat. Idea beliau untuk menjadikan UiTM Kampus Mukah sebagai pusat penyelidikan terkemuka adalah rentetan daripada pengalamannya semasa berada di Santa Fe Institute dahulu. “Lokasi UiTM Kampus Mukah yang terletak di zon tengah wilayah Sarawak mungkin bagi sesetengah orang agak jauh dan terpencil. Ia boleh menjadi sebagai pusat penyelidikan terkemuka kerana ia mempunyai banyak persamaan dengan Santa Fe Institute, New Mexico, Amerika Syarikat seperti kedudukannya yang agak terpencil tetapi telah berjaya menduduki 24 teratas “Badan Pemikir Sains dan Teknologi” di dunia,” ujarnya.

[thumbnail of #6664.ai] Text
#6664.ai - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (4MB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Corporate Creators: Utusan Sarawak
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education
300 Social sciences > 370 Education > Higher education
600 Technology > 607 Education, research & related topics
600 Technology > 630 Agriculture & related technologies
Campuses: Sarawak
Newspaper: Utusan Sarawak
Page Range: pp. 1-3
Date: 9 March 2022
Depositing User: Jamil Jawi (Samarahan)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record