UiTM Sarawak, Stoma Sdn Bhd., jalin kerjasama strategik


Abstract

KOTA SAMARAHAN: Para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak bakal menikmati manfaat hasil daripada kerjasama strategik institusi tersebut bersama Stoma Sdn Bhd.

Pengurus Besar Stoma Sdn. Bhd., Muhd Firdaus Abdullah berkata kolaborasi ini akan membantu dalam meningkatkan kualiti dan daya saing pasaran para pelajar UiTM setelah mereka tamat pengajian nanti.

“Dengan termeterainya perjanjian ini, ia menunjukkan sokongan yang kuat terhadap usaha UiTM untuk mengembangkan dan memperkukuhkan kemampuan kejuruteraan inovatif.

“Selain itu, ia juga akan memanfaatkan kemampuan kita untuk membuat dan mengembangkan penyelesaian kejuruteraan inovatif di Sarawak dan Malaysia,” katanya.Beliau berkata demikian semasa menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara UiTM Sarawak dan Stoma di UiTM Kota Samarahan Kampus 2, di sini, semalam. Menurutnya, MoA ini adalah batu loncatan ke depan untuk mewujudkan masa depan yang lebih cerah antara UiTM dan Stoma, terutamanya dalam pembangunan kejuruteraan inovatif di Sarawak dan Malaysia. “Kami mempunyai keinginan dan visi yang jelas dalam meningkatkan pengetahuan teknologi khususnya berkenaan kepakaran dalam pengurusan alam sekitar.

[thumbnail of #6654.ai] Text
#6654.ai - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (2MB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Corporate Creators: Utusan Sarawak
Uncontrolled Keywords: UiTM Satawa, StOMA, kerjasama
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education
300 Social sciences > 370 Education > Higher education
500 Science > 580 Plants
600 Technology > 620 Engineering & allied operations
600 Technology > 630 Agriculture & related technologies
Newspaper: Utusan Sarawak
Page Range: pp. 1-2
Date: 4 December 2020
Depositing User: Jamil Jawi (Samarahan)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record