Syarikat Pelaburan UiTM ceburi penjanaan tenaga solar


Abstract

SHAH ALAM: UiTM Holdings Sdn Bhd (UHSB), syarikat pelaburan milik Universiti Teknologi MARA (UiTM) memperluaskan perniagaannya dalam sektor komersial dengan memeterai perjanjian pembelian tenaga solar (SPPA) selama 21 tahun dengan Ingress Corporation Bhd (Ingress).

Anak syarikat milik penuh UHSB, UiTM Energy & Facilities Sdn Bhd (UEFSB) menandatangani SPPA dengan Ingress Technologies Sdn Bhd (ITSB) dan Ingress Precision Sdn Bhd (IPSB) dalam satu majlis yang diadakan di sini, hari ini.

Di bawah perjanjian itu, UEFSB akan melabur dan membangunkan kemudahan penjanaan tenaga solar dengan jumlah kapasiti masing-masing sebanyak 897.26kWp dan 1224.86kWp di IPSB dan ITSB.

Pemasangan kemudahan penjanaan tenaga solar dalam ITSB dan IPSB dijangka dapat mengurangkan perbelanjaan tenaga secara ketara melalui skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM), serta mengurangkan jejak karbon untuk menyokong agenda tenaga diperbaharui negara.

[thumbnail of 20210401_BH_Syarikat_ pelaburan_ UiTM_ ceburi_ penjanaan_ tenaga_ solar.pdf] Text
20210401_BH_Syarikat_ pelaburan_ UiTM_ ceburi_ penjanaan_ tenaga_ solar.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (562kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 600 Technology > 620 Engineering & allied operations > 621 Applied physics
Campuses: Pahang > Jengka Campus
Newspaper: Berita Harian
Date: 1 January 2021
Depositing User: Alias Bin Manap (Jengka)
Edit Item Record
Edit Item Record