UiTM nombor 2 di Malaysia, ke-42 di dunia - THE


Abstract

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) diiktiraf sebagai kedua teratas di negara ini oleh Times Higher Education (THE) Impact Ranking 2022 dan berada pada kedudukan ke-42, naik enam anak tangga daripada 1,524 universiti seluruh dunia.

Pencapaian tersebut diperoleh menerusi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan skor keseluruhan 82.8, iaitu meningkat berbanding 79.4 pada tahun lepas.

Bagi kedudukan ke-42 pula, pencapaian tersebut adalah berdasarkan skor 94.8 berbanding kedudukan ke-48 dengan peningkatan skor daripada 89.6 kepada 94.8 bagi kategori SDG 17 iaitu ‘Perkongsian untuk Matlamat’.

Kejayaan tersebut turut menjadikan UiTM mengekalkan kedudukan strategiknya pada kedudukan 101 – 200 institusi teratas daripada 1,406 institusi yang tersenarai daripada 110 wilayah di seluruh dunia yang mengambil bahagian.

Universiti itu dalam satu kenyataan memaklumkan, pengukuran tersebut dilakukan menerusi fokus 17 SDG digariskan PBB yang mana UiTM menghantar data untuk 10 matlamat SDG.

[thumbnail of 20220429_UM_UiTM nombor 2 di Malaysia.pdf] Text
20220429_UM_UiTM nombor 2 di Malaysia.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (336kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
300 Social sciences > 370 Education > Awards
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 29 April 2022
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record