Elak bersesak daftar anak di Kolej Kediaman Universiti


Abstract

KOLEJ kediaman merupakan sebahagian komponen utama di institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyediakan kemudahan penginapan dan makanan serta aktiviti pembangunan mahasiswa.

Secara dasarnya, bahagian hal ehwal pelajar sesebuah universiti dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kemudahan penempatan khusus itu.

IPT juga menyahut saranan agar sentiasa menaik taraf keperluan asas dan ­fizikal untuk mewujudkan suasana penempatan yang selesa dan kondusif.

Kolej kediaman juga berperanan sebagai aset yang menyumbang kepada pendapatan setiap universiti.

Kemudahan kolej kediaman yang berada pada tahap tertinggi dalam memenuhi keperluan sama ada akademik atau sebagai tempat kediaman akan memberi keyakinan dan semangat kepada pelajar dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.

[thumbnail of 20220421_UM_Elak bersesak daftar anak di Kolej Kediaman Universiti.pdf] Text
20220421_UM_Elak bersesak daftar anak di Kolej Kediaman Universiti.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (352kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Schools & their activities; special education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 21 April 2022
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record