Anugerah Tokoh Kraf Negara 2022


Abstract

KUALA LUMPUR: Kraftangan Malaysia mengangkat Norhaiza Noordin sebagai penerima Anugerah Tokoh Kraf Negara yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam seni kraf ukiran kayu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Norhaiza berkongsi pengalamannya menemui Prince of Wales, Putera Charles di bangunan Oxford Centre, United Kingdom pada 2010.

“Saya ingat ketika itu, Putera Charles begitu kagum dengan seni ukiran kayu malah sukar untuk percaya ia adalah buatan tangan. Beliau menemui saya dan menggambarkan rasa teruja beliau dengan hasil karya saya.

“Pada 2017, Putera Charles mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan beliau telah menemui saya kerana belum boleh melupakan seni ukiran kayu yang dilihat sebelum itu. Ini menunjukkan bagaimana seni ini boleh memberi kesan kepada individu lain,” katanya.

Norhaiza bersyukur dengan penghargaan yang diberikan kepadanya yang menganggap seni ukiran kayu sebagai satu kaedah untuk membentuk jati diri selain terus memperjuang estetika tradisional seni Melayu.

[thumbnail of 20220226_UM_Anugerah tokoh kraf negara.pdf] Text
20220226_UM_Anugerah tokoh kraf negara.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (308kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 700 Arts & recreation > 750 Painting & paintings
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 26 February 2022
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record