UiTM, IPTA pertama anjur sukan akademik


Abstract

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama di negara ini menganjurkan sukan intelektual, UiTM Sports Academic Triathlon (UiSAT) 2021.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, Prof.Dr.Mohd.Sazili Shahibi, sukan yang diinspirasi dari United State Academic Decathlon tersebut diadakan dengan tujuan melahirkan mahasiswa yang akan menjadi pakar rujuk fakta dunia, tanahair dan antarabangsa.

“Inisiatif Kejohanan UiSAT 2021 ini dirancang ketika dunia masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Selain sukan e-sports, penganjuran UiSAT 2021 membuktikan kreativiti Pusat Sukan Bahagian HEP UiTM untuk mengadakan sukan secara maya dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya selepas majlis perasmian UiSAT 2021 di Pusat Sukan UiTM hari ini.

Beliau menambah, kejohanan tersebut melibatkan tiga jenis acara iaitu objektif, kuiz dan pidato.

“Bagi acara objektif, semua peserta akan menjawab soalan secara individu seperti format peperiksaan dan bagi acara kuiz pula, peserta akan menjawab secara berpasukan di mana hos akan bertanyakan soalan secara langsung kepada dua pasukan yang bertanding dalam setiap perlawanan.

[thumbnail of 20211111_UM_sukan akademik.pdf] Text
20211111_UM_sukan akademik.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (275kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 700 Arts & recreation > 790 Recreational & performing arts > 796 Athletic & outdoor sports & games
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 11 November 2021
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record