Mahasiswa perlu keluar daripada kepompong kepimpinan konvensional


Abstract

SHAH ALAM: Pandemik Covid-19 memberikan satu anjakan paradigma kepada kepimpinan mahasiswa iaitu denghan mengadaptasi digitalisasi dalam pengurusan dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kaedah konvensional.

Justeru, anjakan sedemikian turut memberi norma baharu kepada golongan tersebut mahasiswa dan menjadi cabaran kepada mereka yang memerlukan kecekapan dan kepantasan dalam membuat keputusan.

Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, era kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam norma baharu tidak sama seperti dahulu.

“Ini kerana paksi kepimpinan mahasiswa bukan lagi berdasarkan kepada prinsip-prinsip kepimpinan konvensional tetapi adalah berdasarkan kepada prinsip kepimpinan digitalisasi.

“Maknanya, kegagalan pemimpin mahasiswa atau MPP dalam mengurus dan menguasai kepimpinan bersifat digital akan menyebabkan mereka boleh hilang daya kecekapan, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen MPP Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2021 di UiTM Shah Alam hari ini yang bertujuan untuk menerapkan nilai kepimpinan era baharu dan menyuarakan pandangan melalui perbahasan dan perbincangan.

[thumbnail of 20211005_UM_mahasiswa konvensional.pdf] Text
20211005_UM_mahasiswa konvensional.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (382kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 306 Culture & institutions
300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 5 October 2021
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record