Abstract
KUALA LUMPUR: Dengan pengalaman luas sebagai ahli akademik dan memegang beberapa jawatan penting di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Naib Canselornya, Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor diyakini menggunakan segala kemahiran untuk mengemudi institusi paling penting untuk bumiputera, di negara ini.
Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (Mitasa) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya juga percaya dengan pasukan sedia ada di UiTM yang diterajui beliau bakal menjadikan universiti itu lebih cemerlang.
Ia antara lain melihat kepada sokongan dan dukungan penuh daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan pihak pengurusan kementerian yang bakal membantu supaya visi dan misi UiTM tercapai.
“Mitasa sendiri diberi peluang oleh pihak pengurusan tertinggi UiTM untuk menyuarakan pandangan bagi mewakili kakitangan akademik. Walaupun mempunyai pandangan tersendiri dan ada kalanya berbeza dengan pengurusan dalam hal tertentu, namun segalanya dapat ditangani dengan baik.
“Kami juga percaya di bawah kepemimpinan beliau, ini satu petanda positif bagi mewujudkan hubungan lebih harmoni antara pengurusan dan juga Mitasa yang merupakan kesatuan sekerja mewakili kakitangan akademik di universiti ini sejak 1972.
“Kami menyeru semua kakitangan akademik UiTM, bukan akademik, alumni UiTM, ibu bapa serta mahasiswa untuk terus teguh bersama kepimpinan UiTM dalam memacu universiti ke aras lebih tinggi, menggembleng tenaga dan daya bagi mencapai visi UiTM sebagai universiti terkemuka dunia menjelang tahun 2025,” katanya hari ini.
20210905_UM_bawa uitm paling tinggi.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (320kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Date: | 5 September 2021 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |