Pamer 76 karya pelajar FSSR


Abstract

SUBLIME by Bold adalah pameran tahun akhir pelajar Jabatan Seni Reka Grafik, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam, Selangor yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Pameran berkolaborasi dengan Pertubuhan Wakaf Reka Grafik Malaysia (wREGA) itu mengetengahkan 76 hasil karya pelajar dari empat jurusan berbeza iaitu Pengiklanan, Reka Bentuk Grafik, Ilustrasi dan Multimedia yang boleh dilihat menerusi laman web rasmi Sublime by Bold.

Projek-projek hasil pelajar itu diselia lima pensyarah kanan di Jabatan Seni Reka Grafik universiti itu yang membabitkan Lili Eliana Mohd Radzuan selaku Pengarah Projek Sublime by Bold, Farhanah Abu Sujak, Nurulakma Abdul Wahab, Sheikh Mohamad Hafiz dan Ainun Jariah Yaacob.

Konsep yang digunakan dalam seni reka bentuk bagi acara ini ialah 'api' yang dianggap sebagai tenaga, semangat dan kreativiti. Tujuan konsep adalah untuk dijadikan sebagai inspirasi serta peringatan bahawa keletihan dan tidak berdaya juga kehabisan tenaga bukan penghalang untuk mencapai kejayaan dengan 'adanya tenaga, semangat dan kreativiti.'

[thumbnail of 20210920_HM_Pamer 76 karya.pdf] Text
20210920_HM_Pamer 76 karya.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (274kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 700 Arts & recreation > 740 Drawing & decorative arts
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Page Range: p. 36
Date: 20 September 2021
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record