Abstract
KUALA LUMPUR: Penghadang diperbuat daripada besi kini mencetuskan persoalan terhadap status keselamatan penggunaan komponen itu, apabila menjadi ibarat 'pisau di jalanan' yang menanti untuk meragut nyawa pengguna jalan dan lebuh raya ketika nahas.
Keadaan besi penghadang yang boleh berubah fungsi daripada menyelamat kepada membunuh itu wajar dijadikan isyarat jelas kepada keperluan audit semula terhadap aspek reka bentuk, pemasangan serta pemilihan bahan struktur terbabit.
Pensyarah Kejuruteraan Pengangkutan dan Lebuhraya, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Masria Mustafa, berkata penilaian semula terhadap piawaian reka bentuk penghadang jalan perlu dilaksanakan secara menyeluruh, meliputi aspek lokasi dan kaedah pemasangan, had kelajuan maksimum serta corak trafik di kawasan terbabit.
Masria berkata, penghadang jalan direka sebagai komponen keselamatan untuk mengelakkan kenderaan daripada terbabas ke laluan bertentangan atau menghentam objek berbahaya seperti tiang, pokok atau cerun curam.
![[thumbnail of 16856.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16856.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (389kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 600 Technology > 620 Engineering & allied operations > 625 Engineering of railroads & roads |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 11 June 2025 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |