Abstract
SHAH ALAM: Waris kepada Ku Adib Aizad Ku Azmi mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan kerajaan negeri atas pemberian wang pampasan daripada wang perlindungan takaful pinjaman pembelajaran anak mereka.
Ku Adib Aizad, penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu adalah antara tiga mangsa yang maut selepas dua motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta Honda CRV dipandu seorang wanita dalam kemalangan di hadapan kampus berkenaan pada 9 Oktober tahun lalu.
Selain pemberian wang pampasan berjumlah RM20,803.67, kerajaan negeri turut melupuskan pinjaman pendidikan sebanyak RM15,050.00 yang telah diterima Allahyarham sekali gus ahli keluarga atau waris pelajar tidak perlu membayar semula pinjaman berkenaan.
Bapa Ku Adib Aizad, Ku Azmi Saad berkata inisiatif itu menunjukkan keprihatinan Amirudin dan kerajaan negeri dalam membantu mereka setelah kehilangan ahli keluarga tercinta secara tiba-tiba.
![[thumbnail of 16855.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16855.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (346kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Higher education 300 Social sciences > 390 Customs, etiquette & folklore > 395 Etiquette (Manners) |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 11 June 2025 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |