Siasat terperinci punca nahas ragut 15 nyawa mahasiswa UPSI


Abstract

SHAH ALAM: Pihak berkuasa digesa melakukan siasatan secara terperinci berhubung punca nahas sebuah bas sehingga menyebabkan 15 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut di Jalan Raya Timur-Barat (RTB), Jeli-Gerik di Gerik, Perak, semalam.

Pengerusi Kelab Mahasiswa UMNO (UMNOSiswa), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ihsan Fiqri Mubin berkata, siasatan terperinci itu juga perlu melibatkan rekod perkhidmatan pemandu bas dan status teknikal kenderaan.

“Tangkap dan dakwa pemandu bas yang memandu secara cuai. Kami juga berharap pihak berkuasa memberikan sokongan bantuan jangka pendek dan panjang kepada mangsa serta waris yang terlibat dalam kemalangan ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi kemalangan bas tersebut.

“Tragedi ini bukan hanya menyentuh komuniti UPSI, tetapi turut dirasai oleh seluruh warga mahasiswa negara. Kami amat bersedih, berdasarkan video yang tular menunjukkan pemandu memandu secara berbahaya dan melulu yang mengakibatkan kemalangan jiwa,”ujarnya.

Tambahnya lagi,pihaknya berharap semua pihak dapat memainkan peranan secara serius dan kolektif dalam memastikan tragedi seumpama ini tidak berulang lagi termasuk bas-bas di dalam kampus UiTM.

[thumbnail of 16844.pdf] Text
16844.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (252kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 600 Technology > 620 Engineering & allied operations > 625 Engineering of railroads & roads
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 11 June 2025
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record